fbpx

JPVPP rampas 431 karkas babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saira Banu (dua dari kiri) meneliti dua kenderaan yang membawa karkas babi yang ditahan di sekitar Seberang Perai pagi tadi. FOTO: SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) merampas 431 kilogram (kg) karkas babi bernilai RM63,500 dalam dua sekatan jalan raya di Lebuh Raya Butterworth – Kulim (BKE) dan Sungai Dua pagi tadi.

Pengarahnya, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, karkas itu ditemui selepas pihaknya menahan sebuah lori selepas Plaza Tol Kubang Semang menghala ke Kulim pada pukul 2.35 pagi.

Katanya, hasil pemeriksaan pihaknya menemui 264 kg karkas babi yang dipercayai disembelih di rumah penyembelihan tidak berlesen di Butterworth.

“Kita telah menjalankan risikan lebih sebulan dan susulan rampasan terbabit, penguat kuasa berjaya menahan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang sedang menghala ke arah kilometer 132.6 Lebuhraya Sungai Dua (arah Selatan) pada pukul 3.50 pagi.

“Sebanyak 167 kilogram karkas babi ditemui di dalam Toyota Hilux yang dipercayai diambil daripada rumah penyembelihan yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes terbabit adalah kes pertama di bawah Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan 2009) di Pulau Pinang selepas Kerajaan Negeri menguatkuasakan undang-undang berkenaan bermula 1 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI