ANGGOTA kumpulan Blackpink iaitu Jennie mengakui dia bukanlah seorang yang bersifat pemarah seperti yang diperkatakan ramai sebelum ini.
Kata Jennie ketika ditemu bual bersama sebuah majalah, dakwaan tersebut nyata tidak benar dan salah sama sekali.
“Semasa mula menjadi pelatih bersama Blackpink, saya sering dengar kata-kata dari mulut orang mengapa saya ini jenis pemarah?
“Jujur perkara itu lebih menyakitkan hati saya sebab saya bukan orang yang begitu. Saya akui muka memang begini. Nampak tegas dan serius, tapi bukanlah bersifat pemarah seperti yang diperkatakan,” katanya.
Tambahnya, perkara tersebut turut berlaku ketika zaman kanak-kanaknya apabila rakan seumur yang lain sering menggelarkan dirinya seorang yang penakut dan dihambat perasaan malu.
Dalam perkembangan lain, Blackpink dilaporkan kini sedang mempersiapkan diri untuk membuat kemunculan semula menerusi konsert jelajah dunia tidak lama lagi.