fbpx

Jenaka jual jari kaki tular di Afrika, dianggap benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISU penjualan jari kaki oleh rakyat Zimbabwe telah mendapat tumpuan di beberapa negara benua Afrika termasuk Nigeria, Kenya dan Uganda. - Getty

HARARE – Sebuah jenaka tular di media sosial mengenai rakyat Zimbabwe yang dikatakan menjual jari kaki mereka untuk mendapatkan sejumlah wang dipandang serius di beberapa negara Benua Afrika lain, lapor Badan Penyiaran British (BBC) semalam.

Pengguna Twitter di Uganda dan Nigeria mula berkongsi ciapan mengenai isu tersebut. Sebuah stesen radio Kenya turut memuatnaik ciapan mengenainya tetapi mengakui bahawa ia belum disahkan. 

Sebuah catatan blog kemudian mendakwa bahawa penjualan itu berlaku di pusat beli-belah Ximex di ibu negara Zimbabwe, Harare.

Catatan itu memetik mesej dalam aplikasi perbualan Whatsapp yang menawarkan wang berjumlah AS$40,000 (RM175,720) oleh seorang pakar perubatan tradisional di Afrika Selatan untuk mendapatkan ibu jari kaki.

Wartawan kemudian mendedahkan beberapa harga yang ditawarkan termasuk AS$40,000 (RM175,720) untuk ibu jari kaki, AS$25,000 (RM 87,860) untuk jari tengah dan AS$10,000 (RM43,930) untuk jari kecil.

Beberapa hari selepas catatan blog itu tular, akhbar H-Metro di Zimbabwe menyiarkan temu bual bersama peniaga mata wang di pasaran gelap yang berkata, isu tersebut tular selepas  salah seorang daripada mereka menyebarkannya sebagai bahan jenaka.

Bagaimanapun sejak ditularkan, mereka berkata bahawa beberapa orang telah datang ke pusat beli belah itu untuk bertanya mengenainya setelah mendengar khabar angin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI