fbpx

Giatmara perlu peruntukan lebih besar sedia kelengkapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Halim (dua kiri) menyampaikan penghargaan kepada kakitangan Giatmara pada Majlis Anugerah Tahunan Giatmara Kedah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Giatmara memerlukan peruntukan lebih besar untuk menyediakan kemudahan lengkap di pusat latihan itu yang mementingkan pembelajaran secara praktikal dalam kalangan pelatihnya.

Pengerusinya, Datuk Abdul Halim Mansor berkata, prasarana sedia ada di pusat tersebut masih mempunyai ruang untuk diperbaiki lagi.

“Keadaannya tidaklah teruk tetapi kita ketika ini memiliki peruntukan terlalu kecil dalam konteks untuk majukan modal insan di negara ini.

“Kita mengutamakan pengajaran kemahiran berdasarkan praktikal, jadi di situ banyak bahan dan keperluan diperlukan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majis Anugerah Tahunan Giatmara Kedah 2021 di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Abdul Halim, pihaknya memerlukan sokongan daripada kerajaan tempatan, wakil rakyat dan badan ekonomi negara.

“Giatmara perlu dilihat sebagai aset kemajuan teknologi dan ekonomi negara dan kalau perkara itu tidak dipedulikan, kami tidak boleh maju sendiri kerana Giatmara bukanlah entiti perniagaan yang menjana keuntungan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya, permintaan untuk menyertai Giatmara ketika ini juga terpaksa dihadkan kerana telah melebihi peruntukan diterima. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI