fbpx

Dua lelaki edar dadah di bengkel besi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi serbuan yang disyaki menjadi tempat dua suspek melakukan kegiatan mengedar dadah sejak empat bulan lalu.

KANGAR – Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah yang berselindung di sebalik bengkel besi dan kayu di Jalan Syed Alwi, Batu 1 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, dua suspek berusia 42 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 2 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan berjaya menemui dadah disyaki ganja seberat 236.88 gram yang bernilai RM630.

“Siasatan mendapati seorang daripada suspek adalah pemilik bengkel manakala seorang lagi bekerja di situ.

“Mereka menjalankan urusan jual beli dadah kepada penagih tempatan yang datang untuk mendapatkan bekalan di situ,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Kata beliau, mereka dipercayai aktif melakukan jenayah itu sejak tiga hingga empat bulan lalu.

“Semasa serbuan, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan anggota polis,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ganja.

Tambahnya, salah seorang suspek juga mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI