fbpx

Tentera China didesak musnahkan rangkaian satelit Starlink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCARAN satelit Starlink ke angkasa. - SpaceX

BEIJING – China dilaporkan merancang untuk melumpuhkan atau memusnahkan armada satelit Starlink milik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SpaceX, Elon Musk, lapor akhbar Metro UK semalam.

Menurut kertas kajian yang diterbitkan pada bulan lalu, penyelidik-penyelidik tentera China menyuarakan kebimbangan mengenai ancaman ketenteraan yang dicetuskan  satelit-satelit berkenaan.

Kajian itu menekankan bahawa Beijing perlu membangunkan tindak balas bagi memusnahkan satelit-satelit tersebut sekiranya mengancam keselamatan negara. 

“Gabungan kaedah pemusnah ‘lembut’ dan ‘kera harus diguna pakai untuk melumpuhkan fungsi sejumlah satelit Starlink dan sistem pengendaliannya,” demikian menurut terjemahan kertas kajian itu yang diterbitkan dalam jurnal Modern Defence Technology.

Kajian itu diketuai oleh Ren Yuanzhen selaku penyelidik di Institut Pemantauan dan Telekomunikasi Beijing yang dibiayai oleh China.

Penyelidik-penyelidik kajian itu menyatakan bahawa Starlink mempunyai kerjasama rapat dengan tentera Amerika Syarikat (AS). Tentera AS juga membiayai ujian untuk melihat sejauh mana satelit-satelit itu boleh berhubung dengan pesawat tentera menggunakan kod rahsia.

“Pada Mei 2020, tentera AS menandatangani perjanjian dengan SpaceX berkaitan penggunaan jalur lebar Starlink untuk menghantar data merentasi rangkaian tentera. Pada Oktober 2020, SpaceX memenangi kontrak bernilai AS$150 juta (RM658.95 juta) untuk membangunkan satelit kegunaan tentera.

Seperti yang ditampilkan dalam perang di Ukraine, rangkaian satelit Starlink mampu menyediakan infrastruktur penting untuk komunikasi semasa perang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI