fbpx

Cadang tutup taska, tadika di Kelantan walaupun ada satu kes HMFD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izani (kanan) menaiki jengkaut sebagai gimik perasmian pada Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan KBMC, Lundang di Kota Bharu hari ini. FOTO: ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan menyarankan taska, tadika dan pusat jagaan agar menutup operasi meskipun terdapat hanya satu kes penyakit penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) melibatkan kanak-kanak di premis mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan jangkitan itu terus menular dalam kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, bagaimanapun, keputusan berhubung cadangan itu bergantung kepada penilaian yang akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) terlebih dahulu.

“Saya berpendapat, premis yang ada walaupun satu kes HMFD perlu ditutup kerana jangkitan itu boleh tersebar dengan cepat. Daripada satu kes itu, ia akan merebak dan langkah pencegahan awal perlu dilakukan.

“Sebelum ini, 20 buah taska di Kelantan telah ditutup ekoran daripada jangkitan ini, namun 15 daripadanya sudah beroperasi seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Bangunan Tambahan, Hospital Kota Bharu Medical Centre (KBMC), Lundang di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi KBMC, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Pengarah JKNK, Datuk Dr. Zaini Hussin.

Tambah Izani, jumlah keseluruhan kes HMFD di Kelantan ketika ini meningkat kepada 5,200 kes, namun ia tidak menunjukkan trend yang membimbangkan.

Mengulas mengenai penularan wabak cacar monyet, menurutnya, tiada kes dilaporkan di Kelantan setakat ini meskipun bersempadan dengan Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI