fbpx

Amber Heard kecewa kalah kes saman Johnny Depp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Heard (tengah) gagal memenangi tuntutan saman daripada bekas suaminya, Depp hari ini.

PETALING JAYA- Bekas isteri kepada pelakon Hollywood, Johny Depp, 58, iaitu Amber Heard, 36, melahirkan perasaan kecewa selepas gagal memfailkan tuntutan saman berjumlah AS$100 juta (RM437.8 juta) hari ini.

Heard yang juga pelakon filem Aquaman menzahirkan kekecewaan itu menerusi satu hantaran di laman Twitternya hari ini dengan menyifatkan kekecewaan dialaminya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

“Kekecewaan dialami saya hari ini melebihi segalanya. Saya patah hati walaupun dengan bukti yang kukuh tetapi masih gagal untuk menandingi kuasa yang tidak seimbang, pengaruh daripada bekas suami.

“Saya makin kecewa dengan keputusan itu lebih-lebih lagi mengenai maknanya terhadap wanita di luar sana. Ia seolah mengimbau semula mengenai wanita lantang bersuara tetapi dimalukan secara umum,” ciapnya.

Heard juga percaya bahawa pihak peguam bela bekas suaminya berjaya menyebabkan barisan hakim terlepas pandang mengenai konsep kebebasan bersuara seterusnya menghiraukan bukti kukuh mengenai kemenangan mereka di United Kingdom.

“Saya kecewa sebab kalah kes ini, tetapi lebih menyedihkan kerana saya kehilangan hak sebagai rakyat Amerika iaitu untuk bersuara secara bebas,” ujarnya.

Hantaran Heard yang diciap pada pukul 3.36 pagi waktu Malaysia itu mendapat lebih 19,100 ciapan balas selain 90,200 tanda suka daripada pengguna Twitter.

Sementara itu, rata-rata pengguna Twitter terus menyokong keputusan mahkamah dengan menyifatkan Depp layak untuk memenangi tuntutan saman tersebut.

“Jujurnya kecewa dengan kenyataan Amber Heard selepas gagal kes di mahkamah. Dia menunjukkan tiada rasa rendah hati dalam kekalahan,” kata Kailawood17.

“Awak ada peluang untuk bercakap Amber, tetapi awak berkata secara tidak munasabah,” kata Maybewaqyu.

“Kemenangan buat Johny Depp, jangan pertikai keputusan mahkamah. Tolong cermin diri Amber,” kata Kelly23. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI