fbpx

Amaran ribut petir di sembilan negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan di sembilan negeri sehingga 7 malam ini selepas kawasan terlibat menunjukkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka melebihi sejam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, antara negeri terlibat termasuklah Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Selain itu, negeri lain turut menerima amaran sama ialah Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

“Di Perak, kawasan terlibat seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta dan Perak Tengah manakala di Terengganu kawasan terlibat ialah Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman,” katanya di sini tadi.

Jelasnya, hujan lebat dan ribut petir juga dijangka berlaku di kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Terdahulu, sebanyak 55 buah rumah di kawasan perumahan di Taman Gurun Jaya, Kampung Ibor, dan Kampung Pulau Chengai di Gurun, Kedah terjejas akibat banjir kilat selepas berlaku hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 hingga 7 pagi itu, seramai 16 mangsa telah diselamatkan oleh anggota bomba dan dipindahkan ke lokasi yang selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 4.35 pagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI