fbpx

Agong ucap takziah buat keluarga Mantan Panglima Angkatan Tentera ke-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan takziah dari Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Jeneral Tan Sri Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid (Bersara), Mantan Panglima Angkatan Tentera ke-11, yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada ATM dan juga negara,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada ATM dan negara.

Terdahulu, Allahyarham yang berusia 83 tahun menyertai ATM pada tahun 1955 dan dilantik sebagai Panglima ATM ke-11 pada April 1992 hingga bersara pada Februari 1994.

Allahyarham yang berasal dari Ipoh, Perak juga pernah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang ke-12 sejak 11 April 1992 hingga 3 Mac 1993. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI