fbpx

77 kertas siasatan dibuka terhadap pegawai, anggota polis Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang membuka sebanyak 77 kertas siasatan tatatertib (KST) membabitkan pegawai dan anggota di kontinjen negeri ini bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, sebanyak 48 KST berhubung salah laku enam pegawai dan 69 anggota antara jumlah tertinggi yang dicatatkan pada tahun ini.

Menurutnya, ini diikuti dengan 12 kesalahan jenayah melibatkan seorang pegawai dan 31 anggota polis serta penglibatan kes dadah ke atas 11 anggota.

“Terendah adalah kesalahan tidak hadir bertugas iaitu sebanyak enam KST telah dibuka melibatkan dua pegawai dan empat anggota.

“Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS) Kontinjen Pulau Pinang sentiasa menjalankan siasatan tatatertib yang telus dan adil dalam memastikan tindakan sewajarnya ke atas anggota dan pegawai terlibat kesalahan tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Justeru tambahnya, polis kontinjen Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melakukan salah laku yang bertentangan dengan undang-undang dan prosidur operasi standard yang ditetapkan. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI