fbpx

2 individu didera, direnjat elektrik bukan rakyat tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang daripada dua individu diugut dan didera dengan alat renjatan elektrik.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan dua video tular di media sosial memaparkan dua individu diugut dan didera dengan alat renjatan elektrik bukan warga Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, pihaknya terkesan penularan dua video terbabit yang berdurasi 54 saat dan satu minit 47 saat di media sosial.

“Dalam video pertama, seorang wanita dipercayai warga Vietnam digari di atas katil dan diugut dengan alat renjatan elektrik manakala video kedua pula memaparkan seorang lelaki didera dengan alat yang sama.

“Mangsa dipercayai bukan warga negara ini dan insiden-insiden tersebut berlaku di luar negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan video tersebut kerana dikhuatiri mampu mencetuskan kebimbangan dengan penyebaran video yang tidak diketahui kesahihannya.

Tambahnya, polis turut mengalu-alukan kerjasama masyarakat sekiranya mempunyai maklumat berhubung perkara terbabit untuk disalurkan ke mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI