fbpx

2 cadangan kerajaan akan diperhalusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak membantah sebarang cadangan pindaan Perlembagaan berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang dibentang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya sudah membentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri berhubung cadangan pindaan Perlembagaan berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti semalam.

Katanya, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun juga telah memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berkaitan pindaan perlembagaan ini.

“Jemaah Menteri tiada bantahan terhadap draf yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen tetapi mereka membangkitkan dua perkara agar diperincikan dan diperhalusi semula.

“Persoalan yang dibangkitkan Jemaah Menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada Selasa depan untuk diteliti, seterusnya memuktamatkan RUU tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata, beliau turut menekankan bahawa mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Ini kerana RUU terbabit masih dalam perbincangan di peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Secara keseluruhannya, RUU ini diambil maklum Kabinet secara serius,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI