fbpx

1,809 kes Covid-19; 2 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,809 kes semalam termasuk lima kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,508,319 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,911 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,449,593 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan Selangor (763 kes), Kuala Lumpur (386 kes), Perak (151 kes), Negeri Sembilan (140 kes), Pulau Pinang (113 kes), Melaka (64 kes), Putrajaya (39 kes), Kedah (36 kes) dan Johor (33 kes).

“Seterusnya, Sabah (28 kes), Sarawak (23 kes), Pahang (13 kes), Kelantan (tujuh kes), Terengganu (tujuh kes), Perlis (lima kes) dan Labuan (satu kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,678 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,559 kes.

Sebanyak 23,048 kes aktif dilaporkan melibatkan 22,052 kes dikuarantin di rumah, 25 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 954 kes di hospital, 10 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 16 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI