fbpx

Ulat Jenazah : Buang, gantung kerja sekiranya didapati bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM- Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menunggu keputusan daripada mahkamah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor sebelum mengambil tindakan terhadap enam pegawainya yang disyaki terlibat dalam sindiket ‘ulat jenazah’.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya perlu menghormati proses perundangan yang sedang dikenakan terhadap mereka sebelum satu-satu tindakan boleh diambil.

“Sekiranya mereka didapati bersalah (oleh mahkamah), kita akan ambil tindakan, sama ada untuk memberhentikan atau menggantung mereka daripada tugas.

“Setakat ini, kita sudah terima laporan berhubung kes ini melibatkan kakitangan Hospital Serdang dan Hospital Kajang,” katanya kepasa pemberita selepas menghadiri sesi Townhall penyakit HFMD peringkat Selangor di Perpustakaan Raja Tun Uda, di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan enam kakitangan hospital di Selangor ditangkap dengan lima daripadanya direman selepas disyaki terlibat dalam rasuah ulat jenazah.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI