fbpx

SISWA urus wasiat dan hibah di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tengah) menunjukkan inovasi SISWA.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperkenalkan Sistem Wasiat dan Hibah (SISWA) bagi menguruskan wasiat dan hibah secara dalam talian di negeri ini.

Pelaksanaan inovasi baharu menerusi laman https://siswa.mais.gov.my itu membantu umat Islam membuat permohonan secara lebih mudah dan pantas.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sebagai badan pengelola Baitulmal komited memberi perkhidmatan terbaik dan menjadi rujukan utama pengurusan harta umat Islam.

Katanya, sistem e-Wasiat sedia ada dinaik taraf kepada sistem pintar baharu menerusi gabungan dua elemen perancangan pembahagian harta iaitu wasiat dan hibah.

“Menerusi SISWA, permohonan dan kelulusan akan diuruskan sepenuhnya secara atas talian dan menawarkan penggunaan Electronik Know Your Customer (EKYC) yang diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM).

“Selain itu, ia menggunakan tandatangan digital yang tertakluk di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 dan pengesahan transaksi pemohon dilakukan secara One-Time Password (OTP),” katanya selepas melancarkan sistem itu di sini, hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI