fbpx

Seorang warga emas maut dalam kejadian tembakan di Louisiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INSIDEN berlaku di Universiti Xavier, Louisiana. – KPLC

NEW ORLEANS, LOUISIANA – Satu kejadian tembakan dilaporkan berlaku di sebuah majlis graduasi sekolah menengah yang diadakan di Universiti Xavier, Louisiana menyebabkan seorang terbunuh manakala dua yang lain cedera, lapor United Press International (UPI) semalam.

Jabatan Polis New Orleans (NOPD) berkata, pihak berkuasa telah menahan suspek di tempat kejadian iaitu kawasan pusat konvokesyen universiti berkenaan. 

Sekurang-kurangnya tiga orang telah ditahan dan disoal siasat dengan beberapa senjata api ditemui, lapor saluran televisyen WDSU di New Orleans.

Tembakan berlaku di tempat letak kereta di universiti berkenaan.

Pegawai kecemasan membawa ketiga-tiga mangsa ke hospital berdekatan di mana seorang wanita warga emas kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Timbalan Supritendan NOPD, Christopher Goodly berkata, dua lelaki yang cedera masing-masing mengalami kesan luka tembakan di kaki dan bahu.

Kedua-duanya tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa, lapor saluran televisyen WVUE di New Orleans.

Menurut polis, tembakan berlaku akibat pertengkaran antara dua wanita selepas tamat majlis graduasi Sekolah Menengah Morris Jeff. 

Goodly menyebutnya sebagai tindakan keganasan yang tidak masuk akal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI