fbpx

Nkunku lebih minat pulang ke Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NKUNKU (kiri) menjadi perhatian selepas cemerlang bersama Leipzig, namun dia mengakui lebih berminat untuk pulang ke PSG. – AFP

LEIPZIG – Penyerang RB Leipzig, Christopher Nkunku mendedahkan bahawa dia lebih berminat untuk kembali ke Paris Saint-Germain sekiranya membuat keputusan me­ninggalkan pasukan itu kerana mengakui, gergasi Peran­cis itu sentiasa berada di hatinya.

Penyerang berusia 24 tahun itu berjaya memikat perhatian beberapa pasukan besar ­seperti Chelsea, Manchester United dan PSG selepas mempamerkan aksi terbaik musim ini.

Nkunku dinamakan sebagai pemain terbaik Bundesliga musim ini selepas menamatkan kempen dengan meledak 20 gol dan 13 umpanan jaringan menyebabkan kelibatnya menarik perhatian.

“Paris. Saya sentiasa beritahu bahawa ia adalah rumah dan kelab yang dekat di hati saya. Saya tidak menutup mana-mana pintu, segalanya tidak mustahil dalam bola sepak.

“Bukan suatu yang rahsia bahawa banyak kelab cuba mendapatkan saya dan Leipzip juga sedang melakukan segala-gala­nya untuk mengekalkan saya di sini,” katanya.

Nkunku dilahirkan menerusi akademi PSG dan melakukan aksi debut bersama skuad se­nior pada 2015 ketika berusia 18 tahun.

Selama empat musim di Paris, dia telah melakukan 78 penampilan dalam semua kejohanan, namun gagal untuk menembusi kesebelasan utama menyebabkan dia memilih menyertai Leipzig pada 2019.

Bersama kelab Jerman itu, dia telah meledak 47 gol dalam 136 perlawanan biarpun bertindak sebagai pemain tengah menyerang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI