PARIS – Rafael Nadal membuktikan sekali lagi mengapa beliau merupakan seorang bintang tenis terhebat dalam sejarah Terbuka Perancis apabila membenam cukup-cukup musuh tradisi, Novak Djokovic pada aksi suku akhir di Roland Garros sebentar tadi.
Nadal yang memburu gelaran ke-14 dilihat bermula cemerlang ketika melawan juara bertahan Djokovic itu sebelum meraih kemenangan win 6-2 4-6 6-2 7-6 (7-4) .
Nadal berjaya menumbangkan jaguh No.1 dunia itu d dalam tempoh empat jam.
Bintang Sepanyol yang memiliki 21 Grans Slam tersebut dijadualkan bersemuka dengan pilihan ketiga kejohanan, Alexander Zverev pada Jumaat ini. – KOSMO! ONLINE