fbpx

Jentera serangan TFC II dikepalai Mintah makin bisa-berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINTAH akan menyarung jersi penyandang juara Piala Malaysia, KL City FC untuk baki saingan Liga M dan Piala AFC musim ini secara pinjaman.

NALURI pemusnah yang dipamerkan jentera serangan Terengganu FC II (TFC II) dalam tiga aksi terakhir Liga Premier cukup melegakan pengendali­nya, Badrul Afzan Razali.

Badrul Afzan berkata, barisan penyerang diketuai pemain import, Jordan Mintah menghampiri prestasi terbaik tepat pada masanya dengan saingan liga kini memasuki pusingan kedua.

Beliau berkata, prestasi TFC II mula meningkat ketika menang 2-1 ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada 20 Mei lalu disusuli kemenangan berturut-turut 5-1 ke atas Kuching City dan Projek FAM-MSN.

“Pada awal saingan, jentera serangan TFC II tidak dinafikan agak tumpul terutama Mintah yang turut bergelut walaupun bergelar penjaring terbanyak Liga Premier musim lalu.

“Kami mensia-siakan banyak peluang menyebabkan pasukan keciciran mata. Begitupun, pemain-pemain menunjukkan prestasi luar biasa dalam tiga perlawanan terakhir ini,

“Dibantu tonggak tempatan dari skuad utama TFC, bahagian tengah lebih menyerlah untuk membantu Mintah yang mencetak dua gol ketika bertemu Kuching City dan Projek FAM-MSN,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Selepas sembilan perlawanan liga, TFC II kini berada di tangga ketiga dengan memungut 19 mata di belakang JDT II dan Kelantan FC yang masing-masing mengumpul 21 dan 22 mata.

Sementara itu, Mintah yang juga ketua pasukan TFC II turut berkongsi kelegaan dengan prestasi dipamerkan pasukan itu dan dia optimis skuad Sang Penyu dapat kekal berada dalam kelompok atasan liga.

“Persembahan kami semakin baik dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Saya percaya dengan kemampuan rakan-rakan dan menjadi sasaran kami untuk muncul juara liga musim ini.

“Walaupun tidak bergelar penjaring gol, apa yang penting bagi saya adalah tiga mata untuk pasukan ini dan sesiapa boleh menyumbang kepada kemena­ngan TFC II,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI