fbpx

Jangan biarkan Jambatan Pulau Pinang jadi mercu tanda bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Motosikal mangsa ditinggalkan di tepi Jambatan Pulau Pinang sebelum dipercayai terjun ke dalam laut. GAMBAR HIASAN

GEORGETOWN – Kerajaan negeri dan pihak berkuasa terlibat perlu mencari langkah segera bagi memastikan Jambatan Pulau Pinang tidak terus dianggap sebagai satu mercu tanda lokasi orang ramai untuk membunuh diri di situ.

Mohd. Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) berkata, awal pagi tadi berlaku satu lagi kes membabitkan seorang anak muda yang bertindak terjun daripada Jambatan Pulau Pinang.

”Situasi ini amat mengejutkan dan tidak boleh dibiarkan terus berlaku, kita apabila dengar ada orang terjun dari Jambatan Pulau Pinang mood pun tidak menjadi elok. Kita tidak mahu Jambatan Pulau Pinang berterusan dianggap sebagai mercu tanda masyhur orang membunuh diri.

”Kerajaan perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah ini antaranya dengan membentuk situasi di tempat kerja dan institusi kekeluargaan yang harmoni,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusni, kes-kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang semakin meningkat setiap tahun dan sehingga Jun tahun ini sebanyak 16 kes dicatatkan.

”Setakat Januari hingga Mei terdapat 15 kes dicatatkan, hari ini ada satu kes menjadikan 16 kes bunuh diri berlaku di Jambatan Pulau Pinang.

”Kejadian ini dipercayai berlaku akibat masalah kesihatan mental dan ia amat membimbangkan kerana penyakit mental berpotensi menjadi penyakit kedua yang paling tinggi dihidapi rakyat negara ini selepas penyakit jantung,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN