fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 5 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan negeri Kedah, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah bakal dilanda hujan lebat serta ribut petir sehingga pukul 10 malam hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan antara kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kedah dan beberapa daerah di Perak.

“Antaranya adalah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, di Pahang, ia melibatkan Tanah Tinggi Cameron bagi tempoh yang sama,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, hujan lebat serta ribut petir juga berlaku di sekitar Sarawak termasuklah Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu, Kapit (Song) dan Limbang malam ini.

“Bagi negeri Sabah pula, cuaca buruk yang sama turut melanda Pedalaman (Sipitang, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar dan Ranau),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI