fbpx

Ebit Lew sebak bantu pakcik TBS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit menghadiahkan pak cik yang ditemui di Terminal Bersepadu Selatan sehelai kurta.

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew sekali lagi meraih perhatian orang ramai apabila membantu seorang warga emas yang dipercayai sudah lama menetap di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Ebit Lew dalam satu kenyataan di Facebook meluahkan rasa sebak sebaik sahaja bertemu dengan warga emas tersebut yang dianggarkan berumur 70an selepas seharian mencarinya.

“Pakcik ini tinggal sendirian di Kedah selepas kehilangan isterinya. Dia kerap datang ke Kuala Lumpur untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Di sebelah malam, dia jarang tidur kerana selalu memikirkan masa depan hidupnya. Pernah ada individu yang ingin menawarkan duit bulanan, namun dia menolak.

“Dia seronok bila saya menghadiahkannya sehelai jubah dan kurta,” katanya.

Ebit Lew menambah, beliau turut terkenangkan arwah ayahnya apabila melihat keadaan lelaki itu yang hidup sebatang kara

“Saya sudah kehilangan ayah. Saya sangat merindui arwah ayah saya. Malam ini saya terus membawa pakcik ke rumah saya untuk berehat

Katanya, Ebit merancang untuk membeli beberapa keperluan lain sebelum menguruskan kepulangan lelaki warga emas itu ke Kedah hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI