fbpx

Bekas pegawai bank dituduh pecah amanah RM292,175

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURFARHANA dibebaskan setelah membayar wang jaminan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas 13 pertuduhan pecah amanah dengan memindahkan dana RM292,175 milik dua wanita ke tiga akaun berbeza termasuk akaun miliknya, pada 2017 dan 2018.

Tertuduh, Nurfarhana Atiqah Mohamad, 30, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Fatimah Zahari.

Mengikut empat kes pertuduhan, tertuduh telah melakukan pemindahan wang berjumlah RM93,550.74 dari akaun seorang wanita berusia 42 tahun ke akaun miliknya antara Disember 2017 dan Januari 2018.

Tertuduh yang bertugas di bahagian ‘Personal Financial Adviser’ ketika itu turut menghadapi enam pertuduhan memindahkan wang milik wanita yang sama berjumlah RM118,624.32 ke dalam akaun seorang lelaki antara April 2017 hingga Oktober 2018.

Bagi tiga pertuduhan berbeza, wanita terbabit didakwa melakukan pemindahan wang milik seorang wanita berusia 56 tahun berjumlah RM80,000 ke dalam akaun sebuah syarikat antara Oktober 2018 hingga November 2018.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bank cawangan Skudai di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu melapor diri ke balai polis sebulan sekali selain menyerahkan pasport kepada mahkamah. Sebutan semula kes ditetapkan pada 3 Julai depan untuk serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI