fbpx

Bekas banduan di Thailand dicekup edar 48,000 pil kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menunjukkan bungkusan mengandungi pil kuda yang dirampas bersama suspek di tepi jalan di Kampung Dangar, Pasir Mas semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Tempoh pemenjaraan selama 14 tahun di Songkhla, Thailand tidak cukup menginsafkan seorang lelaki tempatan apabila dia diberkas lagi kerana mengedar 48,000 pil kuda di tepi jalan di Kampung Dangar, Pasir Mas semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati suspek berusia 42 tahun baru dibebaskan dari penjara Songkhla, Thailand pada 27 April lalu atas kesalahan dadah.

Menurutnya, suspek berada di dalam keadaan mencurigakan di tempat duduk penumpang depan kereta jenis Proton Wira di tepi jalan di kampung itu pada pukul 5 petang.

“Anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan merampas sebuah beg dan menemui lapan bungkusan kertas di dalamnya.

“Pemeriksaan lanjut, di dalam beg itu berisi 48,000 biji pil kuda bernilai RM480,000,” katanya pada sidang akhbar di IPK Kelantan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, ujian saringan air kencing mendapati suspek bebas dadah dan pernah dipenjara di Songkhla berhubung kes dadah.

Hasil soal siasat, suspek memaklumkan dia memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki berusia 35 tahun di Kampung Keroh Bayu Lalang, Pasir Mas.

“Berdasarkan maklumat itu, polis menjalankan serbuan di rumah tersebut, namun tidak menjumpai apa-apa bersama lelaki tersebut.

“Kita tetap menahan lelaki itu kerana ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine,” katanya.

Sementara itu, menurut Muhamad Zaki, setengah jam selepas tangkapan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas menahan sepasang suami isteri di rumah mereka di Kampung Padang Kala, Bunut Susu disyaki terlibat mengedar heroin, syabu dan pil kuda bernilai RM21,000.

Siasatan mendapati, suspek yang menganggur berusia 59 tahun mempunyai empat rekod kes dadah manakala isterinya berusia 54 tahun bekerja sebagai peniaga.

Ketiga-tiga suspek dalam dua kes itu direman. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI