fbpx

Warga emas jatuh pangsapuri, mengadu tak tahan sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi dipercayai mangsa terjatuh.

MELAKA – Seorang warga emas sempat mengadu kepada isterinya mengenai derita penyakit yang ditanggung sebelum dipercayai bertindak terjun dari sebuah pangsapuri di Banda Hilir di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 67 tahun itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 8.45 pagi tadi sebelum dilaporkan kepada pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati si mati yang beralamat di Taman Pengkalan Jaya, Ayer Molek telah ke lokasi dengan memandu kereta jenis Hyundai Atoz miliknya.

“Kita percaya si mati telah memandu sendiri ke pangsapuri itu sebelum bertindak terjun daripada tingkat 14.

“Hasil soal siasat bersama isterinya, si mati dikatakan ada mengadu tidak tahan menanggung penyakit yang dihidapinya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI