fbpx

Wanita Thailand didakwa dihumban dari tingkat 4 kondominium di Oman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan lokasi kejadian di mana Suparat dicampak dari tingkat empat sebuah kondominium. – Pawarisa Oil

MUSCAT, Oman – Seorang wanita Thailand mendakwa bahawa suaminya yang merupakan warganegara Oman telah membunuh seorang rakan perempuannya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pada Jumaat lalu, pengguna akaun Facebook bernama Pawarisa Oil memuat naik hantaran mengenai seorang rakannya yang didakwa dicampak dari sebuah bangunan di Oman.

Pawarisa berkata, rakannya bergaduh dengan suaminya dan mangsa dipukul sebelum dihumban dari tingkat empat sebuah kondominium. 

Pawarisa ingin mengumpul dana 150,000 baht (RM19,209) untuk membawa jasad rakannya kembali ke pangkuan keluarga di Thailand. 

Selepas kisah itu tular di media sosial tempatan, sekumpulan wartawan telah melawat rumah mangsa di wilayah Sakhin Nakhin untuk mendapatkan pengesahan.

Mangsa dikatakan dikenali sebagai Suparat ‘Praew’ Nganlasom dan berusia 30 tahun. Keluarganya berkata bahawa dia ialah ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.

Suparat berhijrah ke Oman sejak tiga tahun lalu untuk mencari wang bagi menanggung dua anak dan bapanya.

Kes itu masih belum dilaporkan kepada media dan polis Oman. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI