fbpx

Tiada kes bekalan ayam disorok di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi melakukan pemeriksaan harga ayam di pasar moden Seksyen 16, Shah Alam, hari ini

SHAH ALAM – Tiada kes bekalan ayam disorok di Selangor selama dua hari bermula 21 Mei lalu seperti didakwa beberapa mesej yang tular di media sosial sebelum ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Mohd. Khairi Jamaludin berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas beberapa peniaga ayam di seluruh negeri pada 20 Mei lalu sebaik menerima mesej tular tersebut.

“Kami dapati, bekalan ayam pada tarikh tersebut masih mencukupi, walaupun terdapat beberapa peniaga yang mengehadkan pembelian jumlah ayam kepada seseorang pelanggan.

“Peniaga mungkin berbuat demikian kerana takut kehabisan stok disebabkan ada pengguna membuat pembelian panik, susulan mesej tular itu,” katanya selepas membuat tinjauan harga dan bekalan ayam di Pasar Moden Seksyen 16, di sini, hari ini.

Terdahulu, tular mesej dakwaan mengenai bekalan ayam disorok pada 20 Mei lalu sehingga menyebabkan peniaga ayam di negeri ini terpaksa mengehadkan pembelian ayam, iaitu maksimum dua ekor ayam kepada seseorang pelanggan.

Mohd. Khairi berkata, pertembungan peralihan fasa pandemik ke endemik pada 1 Mei lalu serta sambutan Aidilfitri membuatkan permintaan ayam menjadi lebih tinggi berbanding sebelum ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI