fbpx

Skuad memanah sasar emas di AUG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHARDI (depan, dua dari kanan) bersama skuad UM yang muncul juara Kejohanan Memanah IPT di UniSZA, Kuala Nerus semalam.

SKUAD memanah kebangsaan menyasar sekurang-kurangnya tiga pingat emas pada Sukan Universiti Asean (AUG) yang dija­dualkan berlangsung di Ratchathani, Thailand pada Julai depan.

Menurut pengurus pasukan, Suhardi Abdullah, sasaran itu ­realistik meskipun kem mema­nah negara meraih pencapaian lebih cemerlang pada edisi terdahulu iaitu tujuh pingat emas di Myanmar pada tahun 2018.

Katanya, ketiadaan kejohanan kompetitif sebagai persiapan membentuk pasukan terbaik sejak dua tahun lalu menjadi cabaran utama selain 12 muka baharu turut membarisi skuad negara kali ini.

Jelas Suhardi, hanya empat pemanah yang beraksi di Myan­mar dikekalkan iaitu Amirul Amin Abd. Rahim, Nur Aina Yasmine Halim dan Iman Aisyah Norazam dalam acara ‘compound’, manakala Muhamad Ikram Joni bagi acara ‘recurve’.

“Skuad AUG 2018 adalah pasukan terbaik yang pernah dibentuk. Jadi, agak sukar untuk meletakkan sasaran menyamai atau meraih keputusan lebih baik berbanding empat tahun lalu.

“Pasukan ini juga hanya mula berlatih secara konsisten sejak bulan Mac lalu dan kita akan cuba dapatkan rentak positif dengan baki masa yang ada kurang dua bulan lagi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu beliau ditemui selepas skuad Universiti Malaysia (UM) muncul juara Kejohanan Memanah Terbuka Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus.

Suhardi berkata, sasaran tiga atau empat pingat emas lebih realistik terutama melalui acara ‘compound’.

Begitupun, beliau mengingatkan anak-anak buahnya agar le­bih berwaspada dengan cabaran atlet lain terutama dari Indonesia dan Singapura.

“Pada temasya AUG ke-19 di Myanmar empat tahun lalu, skuad memanah membolot tujuh daripada 10 pingat emas yang dipertandingkan selain tiga pe­rak dan tiga gangsa,” katanya.

Dalam pada itu, skuad UM yang dilatih Adnan Ahmad memungut empat pingat emas, dua perak dan tiga gangsa untuk bergelar juara Kejohanan Memanah Terbuka IPT, manakala Sarawak dan Terengganu pula masing-masing di tempat kedua dan ketiga keseluruhan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI