fbpx

Projek Wakaf Seetee Aisah 2 siap lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FUZI (tengah) menerima cenderahati daripada Norliza (kiri) pada Majlis Meriah Raya UDA di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – UDA Hol­dings Berhad (UDA) optimis ter­hadap projek Wakaf Seetee Aisah 2 di Pulau Pinang dapat disiapkan lebih awal atau selewat-lewatnya dalam tempoh 36 bulan seperti yang dirancang Kumpulan sebelum ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Salem Kailani berkata, buat masa ini, kerja-kerja projek yang bernilai RM187 juta itu telah memasuki fasa ‘substructure’ yang merangkumi pembinaan struktur bawah atau struktur asas bangunan.

“Kerja-kerja ‘superstructure’ atau memasang struktur asas lain seperti tiang dan rasuk bangunan pula dijangka dimulakan dalam masa terdekat iaitu menjelang pelancaran projek tersebut bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Maj­lis Meriah Raya UDA di Crescent Dew Club House, Kepala Batas di sini baru-baru ini.

Turut hadir Yang Dipertua Ne­geri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sementara itu, Pengerusi UDA, Datuk Norliza Abdul Rahim me­nerangkan, projek Wakaf Seetee Aisah 2 adalah lanjutan daripada kejayaan pembangunan projek Wakaf Seetee Aisah pertama kira-kira 10 tahun lalu.

“Secara keseluruhannya, projek ini menawarkan sebanyak 572 unit kediaman yang terdiri daripada 150 rumah kos rendah berkeluasan 800 kaki persegi (kps) dan 422 unit kondominium (950 kps) pada harga serendah RM299,000 (untuk kondominium).

“Saya merasakan harga yang ditawarkan UDA adalah antara yang terendah,” katanya.
Selain itu, Norliza berkata, selain Seberang Perai, UDA juga telah mengenal pasti beberapa kawasan yang memiliki tanah wakaf di Jelutong dan Sungai Nibong Kecil.

“Sehubungan itu, kita sedang berbincang dengan pihak majlis agama sebelum mengambil sebarang keputusan terbaharu untuk merancang projek seterusnya” ujar beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI