fbpx

Pernah lihat Bella berdiri lebih 10 jam, tidur tanpa alas dan selimut – saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

KUALA LUMPUR – Saksi pendakwaan kelapan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa remaja perempuan Sindrom Down Bella berdiri lebih 10 jam dan tidur tanpa alas dan selimut serta ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa makanan.

Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40, berkata, dia sering melihat Bella berdiri berjam-jam setiap kali pergi ke Rumah Bonda sehingga ia menjadi satu pemandangan yang biasa yang mama situasi itu bermula Februari tahun lalu.

“Bulan puasa, saya ada berbuka puasa dengan Siti Bainun di sebuah restoran di Chow Kit lepas tu pergi rumah kondo (Rumah Bonda di Kondo Irama Wangsa, Wangsa Maju), masa tu dalam pukul 9 malam. Masa masuk (rumah) saya nampak Bella berdiri tempat biasa. Bila dah beberapa kali nampak, dah jadi kebiasaan.

“Bella berdiri lama, lebih 10 jam tak duduk-duduk. Ada sekali saya pergi, tak ingat bila, Bella sedang duduk tetapi dalam keadaan tak selesa dan disuruh melukis. Bella disuruh melukis sampai dia tersengguk-sengguk sebab mengantuk.

“Pada ketika itu, saya yang berada di ruang tamu terdengar Balqis (salah seorang penghuni Rumah Bonda) menjerit kata Bonda, Bella nak tertidur. Kemudian saya dengar Siti Bainun menjerit kuat dari dalam bilik sampai saya sendiri terkejut. Siti Bainun jerit Bella, lukis!,” katanya.

Tambahnya, ketika pertama kali dia melihat Bella berdiri lama di tepi dinding sekitar Februari 2021, dia pernah bertanya kepada Siti Bainun kenapa Bella itu berdiri sebegitu dan diberitahu `Bella didenda’.

Ujarnya sekitar Mei 2021, saksi yang telah berkawan dengan Siti Bainun selama 10 tahun ada terlihat kesan lecur yang besar di bahagian leher Bella. Namun apabila ditanya, Siti Bainun memberitahu kesan lecur adalah disebabkan Bella `main simbah-simbah air panas dengan adik-adiknya’.

“Saya nampak satu kecederaan yang pada saya teruk di leher Bella. Kecederaan itu besar, kulit dia nampak macam melecur, warna merah-merah pink (merah jambu) macam kesan kulit yang melepuh dan dah tertanggal.

“Saya tanya Siti Bainun kenapa dengan Bella, Siti Bainun jawab Bella bergaduh dengan adik-beradik dia, main simbah-simbah air panas.
“Saya cakaplah takkan dibiarkan budak-budak bergaduh sampai macam ni dan Siti Bainun jawab tak boleh buat apa la kak, Aida tu bila dah marah, dia hilang akal,” kata Suhana.

Pada masa sama Saksi itu menjelaskan individu yang dikatakan adik-beradik Bella ialah dua orang penghuni rumah jagaan yang juga anak angkat Siti Bainun yang dipanggil sebagai Aida dan Balqis.

Saksi itu juga memberitahu, terdapat situasi yang mana semua penghuni Rumah Bonda dibawa berjalan-jalan ke Aquaria, KLCC, menghadiri majlis hari jadi dan mengambil gambar raya di studio, Bella telah ditinggalkan seorang diri di rumah tanpa sebarang makanan.

Bagaimanapun apabila saksi itu bertanya kepada Siti Bainun mengapa Bella tidak dibawa, Siti Bainun memberitahu bimbang orang sekeliling akan sangka Bella didera.

“Macam mana nak bawa kak, nanti orang ingat saya dera dia (Bella).” kata saksi itu.

Bagaimanapun, terdapat insiden yang menyebabkan saksi itu tidak tidur malam adalah apabila dia terjumpa Bella tidur di bilik laundry tanpa alas, tanpa tilam, tampa selimut dan tanpa bantal.

Insiden itu dilihat pada 21 Mei 2021 yang mana ketika saksi itu membuang sampah yang terletak di bilik laundry.

“Tong sampah tu terletak dalam bilik laundry tapi apabila saya cuba buka, pintu itu berkunci. Saya pusing kunci, tolak pintu dan masuk tapi lampu saya tak nyalakan. Masa masuk tu saya tersepak sesuatu dan bila saya buka lampu, saya nampak Bella sedang tidur dalam keadaan mengiring sebelah kiri. Bella tidur tanpa alas, tanpa selimut dan tanpa bantal.

“Saya terkedu dan tergamam. Bella tak sedar masa saya tersepak dia. Saya kemudian tutup lampu dan kunci semula pintu dan masuk bilik,” kata saksi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung lagi 13 Jun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI