fbpx

Pemandu Ford Ranger, pengawal disaman RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIA MIN (kiri) dan Nor Razman masing-masing dikenakan saman RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kulai, Johor hari ini.

KULAI – Dua individu yang terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dengan sebuah Lamborghini sehingga tular di media sosial Mac lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai, di sini hari ini.

Tertuduh yang juga pemandu Ford Ranger, Lee Jia Min, 28, dan pembantu peribadi, Nor Razman Abd. Razak, 44, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin menjatuhkan hukuman denda RM2,000 ke atas wanita berkenaan dan jika gagal bayar akan dikenakan penjara sebulan.

Manakala, Nor Razman yang merupakan penumpang dalam kenderaan Lamborghini itu pula dikenakan denda RM2,000 jika gagal bayar akan dipenjara dua bulan.

Menurut kertas pertuduhan, Jia Min telah gagal mengawal kenderaan dipandunya sehingga menyebabkan kemalangan dan didakwa mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara, Nor Razman pula didakwa kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Jia Min dengan menampar di bahagian mukanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI