fbpx

Pelampau Yahudi berarak di Baitulmuqaddis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan Yahudi yang membawa bendera Israel berkumpul di Tembok Barat, Bandar Lama di Baitulmuqaddis kelmarin. - AFP

BAITULMUQADDIS – Berpuluh-puluh ribu penduduk Israel berarak di Bandar Lama, Baitulmuqaddis kelmarin sambil membawa bendera dalam perarakan yang sering kali mencetuskan kemarahan rakyat Palestin, setahun selepas ketegangan di Baitulmuqaddis mencetuskan peperangan.

Sekitar 70,000 warga Israel membanjiri jalan-jalan raya, kata polis untuk menyertai ‘perarakan bendera’ yang diadakan setiap tahun. Acara itu bagi meraikan kejayaan Rejim Zionis menaluki Baitulmuqaddis Timur pada tahun 1967.

Sesetengah peserta perarakan melaungkan slogan bermaksud ‘matilah orang Arab’, manakala sebilangan penduduk Palestin membaling projektil dari atas bumbung-bumbung bangunan.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid menganggap kumpulan Yahudi yang menghina penduduk Arab terutamanya daripada organisasi Lehava dan La Familia sebagai ‘memalukan’ dan ‘mereka tidak layak membawa bendera Israel’.

Perdana Menteri Naftali Bennett pula mengarahkan polis supaya menunjukkan ‘toleransi sifar’ terhadap pelampau-pelampau Yahudi yang cuba mencetuskan ketegangan khususnya  La Familia. 

Lebih 3,000 anggota polis dikerah ke seluruh Baitulmuqaddis yang membawa kepada lebih 60 tangkapan kerana ‘berkelakuan liar’.

Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan, seramai 79 warga Palestin cedera di Bandar Lama dan kawasan sekitarnya.

Di sekitar Baitulmuqaddis Timur yang dijajah Israel pula, ramai penduduk Palestin mengadakan protes sambil mengibarkan bendera dengan polis bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan.

Semasa perarakan tersebut,  beribu-rbu lelaki Yahudi dengan kebanyakan mereka belia, membanjiri Pintu Damsyik iaitu pintu masuk utama Bandar Lama yang digunakan oleh rakyat Palestin dan menjadi simbol penting buat mereka.

“Ini (Palestin) negara kami dan itu adalah muktamad,” kata remaja Yahudi berumur 18 tahun, Ofer Amar kepada agensi berita AFP 

Bagaimanapun, kebanyakan masyarakat antarabangsa tidak mengiktiraf penguasaan Israel ke atas Baitulmuqaddis Timur yang dianggap penduduk Palestin sebagai ibu kota negara mereka di  masa hadapan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI