fbpx

Indonesia gagalkan cubaan seludup 380 kg daging dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharto semasa sidang media selepas operasi serbuan menggagalkan percubaan seludup daging dari Malaysia. - Tribunnews

JAKARTA – – Unit Kapal Peronda (Satrol) Pangkalan Utama Angkatan Laut Indonesia (Lantamal) XIII Tarakan berjaya menggagalkan penyeludupan daging haram dari Malaysia ke Indonesia melalui jalan laut, lapor laman berita Tribunnews.

Komander Satrol Lantamal XIII, Kolonel Marin (P) Sahatro Silaban berkata, pendedahan penyeludupan daging itu terbongkar selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung dakwaan pengangkutan 10 guni daging haram menggunakan bot laju biasa dari Nunukan ke Bandar Tarakan.

Menurut Saharto, hasil pengawasan dan rondaan di laluan yang didakwa, pihaknya berjaya merampas daging import seberat 380 kilogram (kg).

“Berdasarkan hasil pemeriksaan terhadap bot laju Malindo Luxury 8, Angkatan Laut Indonesia menemukan 10 karung berisi daging import seberat sekitar 380kg yang dibawa dari Malaysia tanpa dokumen rasmi.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan awal, kargo bot laju Malindo Luxury itu disyaki telah melakukan perbuatan jenayah dalam bidang kuarantin haiwan, ikan dan tumbuhan, maka bukti akan dipindahkan ke agensi berkaitan,” jelas Sahatro.

Agensi berkaitan dalam kes tersebut ialah Pusat Kuarantin Pertanian Kelas II Tarakan bagi membuat susulan proses undang-undang seterusnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI