fbpx

FDA siasat wabak hepatitis A berpunca daripada strawberi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FDA meminta orang ramai tidak memakan strawberi daripada dua jenama yang didapati tercemar dengan virus hepatitis A. - AFP

WASHINGTON – Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) sedang menyiasat wabak hepatitis A yang mempunyai kaitan dengan dua jenama strawberi organik, lapor laman berita Wion News semalam.

Kedua-dua jenama strawberi itu dijual di pelbagai jenis premis perniagaan di Amerika Syarikat (AS) serta Kanada.

Menurut FDA, strawberi yang dibeli antara 5 Mac hingga 25 April lalu di bawah jenama FreshKampo dan HEB tidak boleh dimakan.

Strawberi tercemar itu dijual di kedai-kedai di seluruh AS termasuk Aldi, HEB, Kroger, Safeway, Sprouts Farmers Market, Trader Joe’s, Walmart, Weis Market dan WinCo Foods.

Pengguna di California, Minnesota dan Kanada semuanya dilaporkan menghidap hepatitis A selepas makan strawberi berkenaan dan jatuh sakit. Menurut FDA, sebanyak 17 kes pengguna jatuh sakit dan 12 kes kemasukan ke hospital berkaitan buah tercemar itu dilaporkan di seluruh AS setakat ini.

Katanya, hepatitis A adalah penyakit berjangkit yang boleh membawa kepada kerosakan hati. Antara simptom hepatitis A termasuk  keletihan, mual, muntah, sakit perut, jaundis, air kencing gelap dan najis berwarna pudar.

Jangkitan biasanya sembuh dalam masa antara satu hingga dua minggu, namun, dalam sesetengah kes terpencil, penyakit hepatitis A boleh menjadi kronik.

FDA juga  meminta orang ramai membuang strawberi sekiranya tidak mengetahui jenama atau bila mereka membeli buah tersebut termasuk strawberi yang dibekukan.

Sesiapa yang mendapat simptom hepatitis AS selepas memakan buah strawberi pula  diminta mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI