fbpx

Faisal sedia beri sumbangan buat skuad Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL menamatkan kemarau jaringan selepas meledak gol pertama kariernya bersama skuad skebangsaan kendalian Pan-gon.

PEMAIN sayap lincah negara, Faisal Halim enggan berpuas hati dengan kejayaan semasa sebaliknya mahu terus bekerja keras dengan harapan dapat diserap­kan dalam senarai 23 pemain pada kelayakan Piala Asia 2023 nanti.

Sebagai rekod, Faisal telah di­letakkan dalam kesebelasan utama ketika skuad Harimau Malaya menewaskan Brunei 4-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.

Lebih menarik, pemain kelab Terengganu FC (TFC) berusia 24 tahun itu berjaya menamatkan kemarau dengan jaringkan gol pertama kariernya bersama skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon.

Kata Faisal, kejayaan menjaringkan gol pertama di pentas antarabangsa sememangnya menyuntik semangat untuk tampil lebih cemerlang jika te­rus diberi peluang oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu nanti.

“Saya gembira dapat jaringkan gol pertama bersama skuad Harimau Malaya. Secara jujur, saya tidak sangka boleh berada pada prestasi yang diharapkan terutama apabila jurulatih menggunakan sistem (formasi) yang agak berbeza.

“Namun, saya anggap barisan kejurulatihan telah memudahkan kami barisan pemain kerana jika dilihat, latihan yang dilalui tidaklah seteruk mana tetapi hanya memerlukan intensiti yang tinggi,” katanya.

Mengulas lanjut, bekas pemain Sri Pahang itu mahu membuktikan sekali lagi pada aksi ­ujian terakhir bertemu Hong Kong malam esok untuk memastikan dapat diserapkan dalam senarai akhir 23 pemain daripada 30 pemain ketika ini.

“Sudah tentu saya tidak mahu cepat berpuas hati dengan prestasi semasa kerana masih banyak yang boleh saya sumbangkan andai diberi peluang bermain pada perlawanan akan datang

“Sasaran saya adalah untuk kekal dalam kelompok 23 pemain dan mengenai kesebelasan utama, ia terpulang pada jurulatih,” katanya.
Skuad negara telah diundi dalam Kumpulan E pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 bersama Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI