fbpx

De Bruyne selar keputusan UEFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE menganggap Liga Negara-Negara Eropah sebagai kejohanan yang tidak kompetitif. – AFP

BRUSSELS – Tonggak utama skuad Belgium, Kevin de Bruyne mengakui tidak berminat untuk beraksi dalam saingan Liga Negara-­Negara Eropah dan me­nganggapnya sebagai tidak re­levan.

Sebagai rekod, skuad Red De­vils dijadualkan kembali bersaing di pentas antarabangsa apabila bertemu dengan Belanda pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan D di Stadium King Baudouin pada awal pagi Sabtu nanti.

Pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City itu percaya saingan Liga Negara-Negara Eropah bukanlah kejohanan yang kompetitif, tetapi pemain terpaksa bermain demi menjaga maruah negara.

“Secara jujur, saya anggap penganjuran Liga Negara-Negara Eropah sepatutnya tidak perlu dilakukan kerana ia bukanlah kejohanan penting dan lebih kepada sesi latihan buat skuad kebangsaan.

“Sepatutnya UEFA lebih peka kerana semua pemain ketika ini kepenatan selepas mengharungi jadual yang padat sepanjang tahun di peringkat kelab memandangkan saingan musim baru sahaja berakhir.

“Namun, sebagai pemain profesional kami tidak mempunyai pilihan walaupun sepatutnya mereka lebih memahami kerana kami bukanlah robot. Lebih baik benarkan kami pergi bercuti sebelum saingan pramusim baharu bermula Julai depan,” katanya.

Liga Negara-Negara Eropah telah dianjurkan oleh UEFA bermula 2018 dengan dua final sebelum ini telah dimenangi oleh negara Portugal pada 2019 dan Perancis pada edisi 2021. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI