PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,325 kes semalam termasuk dua kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,505,059 kes.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,935 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,445,611 kes.
“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan Selangor (611 kes), Kuala Lumpur (218 kes), Pulau Pinang (94 kes), Perak (82 kes), Johor (51) dan Kedah (50 kes).
“Seterusnya, Negeri Sembilan (48 kes), Sabah (41 kes), Melaka (41 kes), Putrajaya (35 kes), Sarawak (14 kes), Pahang (13 kes), Kelantan (13 kes), Terengganu (11 kes), Perlis (tiga kes) dan tiada jangkitan baharu di Labuan,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.
Dalam masa sama, empat kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,669 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID 7,555 kes.
Sebanyak 23,779 kes aktif dilaporkan melibatkan 22,778 kes dikuarantin di rumah, 15 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 954 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 15 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE