fbpx

Belajar ilmu agama dengan guru mursyid – Idris Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan untuk memilih guru-guru bertaraf mursyid bagi belajar dan mendalami perihal tentang agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, sebelum hendak beribadat perlu ada ilmu yang dipelajari daripada guru-guru mursyid.

“Saya selalu ingatkan, kalau nak belajar agama apa-apa pun, biarlah belajar dengan guru-guru yang mursyid, guru mursyid maksudnya guru yang kita tengok dia beramal dengan ilmu dia, jadi kalau kita tengok pelik-pelik sangat ilmu itu, jangan belajar.

“Sebab itu kita sedia tempat untuk mengaji seperti di surau atau masjid, buat apa nak pilih tempat susah untuk belajar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Kunjung Serah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Wilayah Persekutuan di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tambah Idris, proses pembelajaran dalam Islam amat mudah dan perlunya ilmu untuk melakukan ibadat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI