fbpx

Bapa didakwa dedah tiga anak kepada bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendedahkan tiga anaknya sehingga berisiko mendatangkan kecederaan - FOTO : MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mendedahkan tiga anaknya sehingga berisiko mendatangkan kecederaan kepada mangsa, Mac lalu.

Tertuduh, T. R. Vengadasalabathi, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai ejen insurans itu didakwa mendedahkan mangsa berusia lapan, tujuh dan empat tahun dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Tambun, Ipoh antara pukul 6.20 hingga 6.45 petang, 22 Mac 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj memohon mahkamah menetapkan ikat jamin berjumlah RM15,000 bagi setiap pertuduhan serta larangan tertuduh mendekati mangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI