fbpx

Bangunan tambahan rumah flat dirobohkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah kediaman yang dirobohkan kerana menambah bangunan tanpa kebenaran.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini kecoh mengenai pemilik rumah flat mengubah suai rumahnya, kini heboh pula apabila sebuah kediaman jenis sama dirobohkan kerana menambah binaan tanpa kebenaran.

Perkongsian gambar tersebut menunjukkan setiap tingkat perumahan itu melakukan proses pengubahsuaian rumah mengikut kepada kreativiti berbeza.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya dalam kenyataan berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil ekoran kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran MPAJ yang nyata menggunakan ruang harta bersama bukan hak mutlak pemilik.

“Pemilik dikenakan tindakan notis dan roboh serta-merta dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133),” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terhibur apabila melihat rumah tersebut dirobohkan.

“Jiran kiri kanan pun ‘renovate’ juga, sepatutnya kena roboh semua lah,” komen pengguna.

“Dia ingat dia main ‘The Sim’ ke,” seloroh Elmie Irfan.

“Hidup di bandar atau kampung kena ikut peraturan. Kalau semua ikut kepala sendiri kawasan kediaman kita akan jadi huru hara macam setinggan,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI