fbpx

Bajet tangani bencana berdasarkan keperluan, situasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD HAMDAN memakaikan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) kepada Mohd. Shahar pada majlis tersebut semalam.

KUANTAN – Bajet dalam menangani bencana alam akan ditambah baik berdasarkan keperluan semasa termasuklah mengambil kira kepada kejadian bencana alam yang berlaku sebelum ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, kejadian bencana alam yang berlaku sebelum ini akan mempengaruhi bajet kerajaan pada masa akan datang dengan melihat keperluan dan keadaan kewangan negara.

“Setiap tahun kementerian akan melaksanakan sesi libat urus dengan pihak berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mendapatkan input yang lebih tepat dalam merancang peruntukan lebih baik terutama membabitkan perolehan aset dan infrastruktur.

“Unjuran belanjawan akan mengambil kira apa yang berlaku atau yang dijangkakan, ia mungkin 100 peratus atau 80 peratus tepat tetapi sekurang-kurangnya kerajaan hari ini sentiasa bersedia dengan perancangan masa depan,”katanya dalam satu sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Tanda Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, di sini, semalam.

Sempena majlis itu Mohd. Shahar dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) yang ditauliahkan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Menurut Mohd Shahar berkata, pihaknya kini melaksanakan sesi libat urus dengan pendekatan berbeza iaitu bukan hanya melalui mesyuarat tetapi dengan mengadakan program sosial antara kementerian dan jabatan atau agensi berkaitan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI