fbpx

5 pengendali mesin air nano dikompaun RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. Mohd. Ridzuan menampal pelekat sebagai tanda mesin berkenaan disita semalam. FOTO : NUR ALINA HASSAN

MUAR – Lima pengendali perniagaan air nano automatik di daerah ini dikenakan kompaun masing-masing RM2,000 kerana beroperasi tanpa lesen serta tahap kebersihan tidak memuaskan.

Kompaun dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muar susulan Operasi Lak/Sita Mesin Jual Air (MJA) yang dijalankan semalam.

Pegawai Epidemiologi PKD Muar, Dr. Mohd. Ridzuan Mohd. Lutpi berkata, pengendali mesin air nano itu melibatkan premis yang terletak di Jalan Salleh, Jalan Temeggong Ahmad dan Sungai Abong serta Parit Perupok di sini.

“Hasil operasi yang kita jalankan, pihak kami berjaya mengesan lima mesin air nano automatik beroperasi tanpa lesen.

“Selain itu, tahap kebersihan mesin berkenaan juga berada dalam keadaan tidak memuaskan kerana dipenuhi najis cicak selain dihurung serangga,”katanya ketika ditemui dalam operasi berkenaan.

Dr. Mohd. Ridzuan berkata, selain kompaun, arahan penutupan operasi sehingga mereka (pengendali) memperoleh lesen sah daripada PKD. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI