fbpx

Ujian terbaharu misil Zircon catat kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar imej video yang disiarkan oleh Kementerian Pertahanan Russia menunjukkan ujian peluru berpandu Zircon di Laut Barents. - Russian Defense Ministry Press Service

MOSCOW – Russia berjaya me­lakukan ujian terbaharu  peluru berpandu hipersonik Zircon, kata kementerian pertahanan seperti yang dilaporkan oleh laman be­rita Metro.uk.

Senjata itu dilancarkan ke udara daripada kapal perang Russia, Admiral Gorshkov di Laut Barents kelmarin.

Misil Zircon yang berupaya terbang pada kelajuan 10,734 kilometer sejam itu dilaporkan mengenai sasaran yang ditetapkan di Laut Putih. 

“Menurut data pusat kawalan, peluru berpandu kruz hipersonik Zircon berjaya mengenai sasaran yang ditetapkan di tengah laut pada jarak lebih 1,000 kilometer,” kata Kementerian Pertahanan Russia dalam satu kenyataan.

Presiden Vladimir Putin sebelum ini menyalurkan pembia­yaan untuk membangunkan peluru-peluru berpandu baharu termasuk Zircon yang beliau katakan sebagai ‘tidak dapat dipintas’.

Pemimpin Russia itu men­dakwa bahawa Zircon membentuk sebahagian daripada sistem persenjataan generasi baharu yang tiada tandingannya.

Russia telah melakukan beberapa ujian peluru berpandu hipersonik yang berupaya berge­rak sembilan kali ganda melebihi kelajuan bunyi dan dilancarkan daripada kapal perang serta  kapal selam sejak setahun lalu.

“Ujian negara melibatkan peluru berpandu Zircon yang dilancarkan dari laut hampir selesai. Penghantaran berperingkat akan bermula pada 2022,” kata Timbalan Menteri Pertahanan Russia,  Alexey Kryvoruchko Januari lalu.

Peluru berpandu itu akan ditempatkan di atas kapal-kapal perang sebelum mempersenjatai kapal selam.

Sementara itu, Russia me­ngadakan ujian peluru berpandu antara benua berkeupayaan nuklear baharu yang dinamakan Sarmat. Misil jarak jauh itu berupaya membawa 10 atau lebih banyak peledak dan  boleh mengenai Amerika Syarikat. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI