fbpx

Tasikmalaya miliki warga emas bujang paling ramai di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majoriti warga emas di Tasikmalaya adalah mereka yang diabaikan keluarga dan hidup bersendirian. - Media Indonesia

JAKARTA – Menteri Sosial Indonesia, Tri Rismaharini mendedahkan bahawa Kabupaten Tasikmalaya di Jawa Ba­rat merupakan lokasi de­ngan populasi warga emas bujang terbesar di Indonesia, lapor stesen penyiaran CNN.

Oleh sebab itu, Tasikmalaya dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Warga Emas Nasional (HLUN) yang berlangsung di Hospital Singaparna Medika Citrautama semalam.

Menurut Tri, berdasarkan data Kementerian Sosial, ketika ini jumlah warga emas bujang yang dicatatkan di 39 kecamatan di Kabupaten Tasikmalaya mencapai 28,000 orang. 

Majoriti golongan warga emas bujang ini telah diabaikan ke­luarga dan hidup bersendirian.

Selain itu, Tri turut me­ngumumkan pemilihan tema ‘Orang Tua Sihat, Indonesia Kuat’ bagi sambutan tahun ini kerana jumlah penduduk di Indonesia cukup ramai.

Tambah beliau, daripada data Badan Pusat Statistik (BPS) pada 2021, jumlah warga emas di Indonesia mencecah 19.3 juta orang atau bersamaan 10.82 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Menurut tinjauan lebih terperinci, sebanyak 43.29 peratus daripada jumlah warga emas itu merangkumi  golongan yang kurang berkemampuan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI