fbpx

Tahanan reman suspek kedua kes tanam pokok ganja dilanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
logo PDRM
Gambar hiasan.

BENTONG – Selepas gagal mendapat perintah lanjutan tahanan reman ke atas seorang bekas diplomat Sabtu lalu, polis berjaya mendapatkan perintah lanjutan tahanan reman ke atas suspek kedua yang disyaki terlibat dalam aktiviti penanaman pokok ganja di Janda Baik hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, tahanan reman ke atas suspek kedua berumur 53 tahun yang juga anak kepada suspek pertama itu disambung selama lima hari bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman kali kedua bagi suspek kedua di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dibenarkan selama lima hari mulai 31 Mei 2022 sehingga 4 Jun 2022,” katanya di sini hari ini.

Sabtu lalu pihak polis gagal mendapatkan perintah bagi menyambung tahanan reman ke atas seorang bekas diplomat bergelar Datuk yang ditahan kerana disyaki menanam ganja di Janda Baik baru-baru ini.

Difahamkan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim tidak membenarkan permohonan reman kedua yang dibuat pihak polis.

Susulan itu warga emas berusia 78 tahun itu dibebaskan meskipun terdapat permohonan daripada pihak polis bagi mendapatkan tambahan reman bagi siasatan lanjut.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan polis berjaya menumpaskan aktiviti penanaman ganja ‘ala ladang’ di pusat peranginan Janda Baik selepas menahan seorang lelaki bergelar Datuk yang juga bekas diplomat bersama anaknya.

Susulan itu pada 21 Mei lalu polis menahan seorang lelaki berumur 78 tahun di sebuah rumah di Kampung Sum Sum Hilir di Janda Baik dan menahan seorang lagi suspek lelaki berusia 53 tahun yang merupakan anak suspek pertama di Shah Alam pada 24 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI