fbpx

Sebutan semula inkues Baby Syifaa 29 Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuseri (dua kiri) bersama barisan peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa, Muhammad Amin Anuar, Musfira Mohd. Fahmi dan Gaithri Thomas. /FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Pengurusan kes inkues bagi menentukan punca kematian seorang bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa ketika dibawah jagaan pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan di sini, Februari lalu ditetapkan semula pada 29 Jun depan di hadapan Mahkamah Koroner.

Hakim Mahkamah Sesyen Rushan Lutfi Mohamed menetapkan tarikh sebutan tersebut selepas mahkamah dimaklumkan hakim koroner yang sepatutnya mengendalikan inkues itu bercuti atas masalah kesihatan.

Pada prosiding kes, pegawai pengendali inkues, Badius Zaman Ahmad yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan mencadangkan untuk memanggil lebih kurang 10 orang saksi dan memerlukan kira-kira tujuh hari untuk mereka memberi keterangan.

Terdahulu, bapa kepada ‘Baby Syifaa’, Yuseri Yusoff, 39, hadir di mahkamah untuk mendengar proses inkues tersebut bersama barisan peguam pemerhati yang mewakili keluarga mangsa, Muhammad Amin Anuar, Musfira Mohd. Fahmi dan Gaithri Thomas.

Sementara itu, Muhammad Amin ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, pihaknya telah menerima senarai 10 orang saksi yang akan dipanggil dan akan meneliti semula supaya tidak berlaku percanggahan saksi.

“Kita juga ada saksi sendiri termasuk saksi awam dan polis, kita di sini untuk membantu dan ingin mendapat pengadilan untuk Baby Syifaa,” katanya.

Yuseri pula berkata, setelah menunggu lama akhirnnya hari ini merupakan hari pertama prosiding inkues kes kematian ‘Baby Syifaa’ dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan punca sebenar kematian anaknya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, Nour Rania Asyifaa Yuseri ditemui tidak sedarkan diri pada pukul 3 petang di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI