fbpx

Robertson akur pengalaman bezakan Liverpool, Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERTSON (kanan) mengakui Liverpool sudah beraksi dengan baik, namun dikecewakan dengan penyudah tumpul dan kecekapan penjaga gol Real. – AFP

PARIS – Pemain pertahanan Li­verpool, Andrew Robertson menghamburkan pujian kepada Real Madrid kerana mampu keluar daripada situasi getir bagi memenangi aksi final di Stade de France awal pagi semalam.

Kapten Scotland itu menjelaskan, pendekatan The Reds untuk memberikan tekanan sudah pun berhasil, namun gergasi Sepanyol itu adalah pasukan lebih berpe­ngalaman untuk meng­ubah situa­si sekali gus menang 1-0 hasil jaringan tunggal Vinicius Junior.

“Kami adalah pasukan yang bermain secara menekan lawan di bahagian depan. Pendekatan itu jelas berhasil buat kami sepanjang musim ini, namun Real berjaya mengatasinya.

“Inilah bola sepak dan kamu perlu berdepan dengan situasi ini. Agak sukar untuk kami benar-benar menguasai permainan ketika menentang pasukan berpengalaman di pentas final.

“Mereka cukup masak de­ngan situasi yang dihadapi dan tahu cara untuk keluar daripada tekanan. Kami juga memiliki pe­luang, namun ia gagal disudahkan dengan jaringan,” katanya.

Kekalahan itu menggagalkan misi Liverpool untuk membalas dendam selepas turut tewas kepada lawan sama pada final 2018 dan kini Real kekal sebagai pasukan paling berjaya di pentas elit Eropah dengan melengkapkan kejuaraan kali ke-14.

Robertson juga akui yang pemain masih lagi terkedu dengan kekalahan ini dan turut memuji penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois yang dilabel sebagai penentu kejuaraan.

“Bilik persalinan diselubungi kekecewaan. Itulah yang berlaku apabila tewas di final. Kami ada peluang, namun kami menentang penjaga gol yang begitu cemerlang. Secara jujur, kami patut bermain lebih baik lagi terutamanya di babak kedua,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI