fbpx

Polis terus jihad banteras dadah, gejala sosial di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) semasa hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di Balai Polis Jelawat, Bachok hari ini. - Foto oleh TOREK SULONG

BACHOK – Polis Diraja Malaysia akan terus berjihad untuk mememerangi jenayah melibatkan dadah dan pelbagai gejala sosial di Kelantan dalam usaha untuk mengembalikan semula martabat negeri serambi Mekah itu pada kaca mata masyarakat luar.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sehubungan itu, kerjasama dengan Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) akan terus diperkukuhkan untuk mencapai matlamat berkenaan.

Menurutnya, kes dadah terutamanya pengedaran dan penagihan pil kuda di Kelantan merupakan antara fokus utama yang perlu dibanteras ketika ini.

“Gelaran serambi Mekah tercalar dengan kegiatan dadah dan gejala sosial lain sehingga masyakat luar membuat pelbagai tafsiran terhadap negeri ini.

“Penagih perlu dirawat manakala pengedar perlu dijejaki. Anak muda juga seharusnya dibimbing dengan pelbagai pengisian yang berfaedah,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok di Balai Polis Jelawat di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, Mohd. Huzaimy Che Husin.

Menurut Muhamad Zaki, hubungan Ketua Polis Daerah dengan Ketua Jajahan, ADUN, pemimpin setempat dan pegawai kanan pelbagai agensi kerajaan dilihat mampu menjayakan matlamat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI