fbpx

Polis siasat Perodua Axia lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang memaparkan tindakan seorang pemandu Perodua Axia memandu melawan arus. /FOTO IHSAN POLIS

PETALING JAYA – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung tindakan seorang pemandu kereta Perodua Axia yang memandu melawan arus di Jalan SS4 di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan polis pada hari ini sekitar pukul 9.30 pagi.

“Polis juga memohon kerjasama pemilik rakaman kamera papan pemuka (dash cam) untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya. Tindakan tegas juga akan diambil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya juga ingin mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelak kemalangan.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan, muat naik atau berkongsi video serta gambar yang boleh menimbulkan keresahan pengguna jalan raya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI